Wednesday 5 November 2014

Tips Mencegah Rambut Rosak


Ibaratnya rambut adalah mahkota bagi seorang wanita, rambut yang indah akan mempercantik penampilan kita. Namun sayang, masalah rambut yang sering kita hadapi sering mengganggu penampilan. Tidak salah, jika kita rela mengeluarkan banyak wang melakukan perawatan untuk mendapatkan rambut yang indah.

Sayangnya, melakukan perawatan rambut justru seringkali malah ternampak buruk. Proses blow setelah creambath,  dan perawatan rambut lainnya yang dilakukan berulang kali justru membuat rambut menjadi rapuh dan patah. Kondisi tersebut disebabkan adanya kelebihan zat kimia dan penggunaan hairdryer yang justru dapat menyebabkan rambut rosak dan bercabang, kerana hairdryer dapat merosak lapisan pelindung terluar rambut (kutikula), 
Perlu Anda ketahui, berikut ini merupakan beberapa faktor yang menyebabkan rambut rosak:

  • Penggunaan syampu dengan kandungan yang terlalu keras.
  • Terlalu sering mencuci rambut.
  • Zat klorin pada kolam renang.
  • Penggunaan pewarna rambut.
  • Terkena paparan sinar matahari, angin dan udara kering.
  • Penggunaan hairdryer, alat pegepit rambut lurus atau pengeriting rambut secara berlebihan.
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu.
  • Kekurangan gizi.

Oleh kerana itu, untuk mencegah rambut rosak, Anda boleh melakukan beberapa langkah berikut ini:
  1. Gunakan syampu khusus rambut kering atau rosak.
  2. Hindari mencuci rambut setiap hari.
  3. Gunakan topi renang saat berenang di kolam yang berklorin.
  4. Hindari penggunaan hairdryer, alat pengapit rambut, dan pengeriting rambut.
  5. Anda juga disarankan mengeringkan rambut secara alami. Jadi, hindarilah penggunaan tuala untuk mengeringkan rambut.
  6. Gunakan payung atau topi saat udara panas.
  7. Gunakan serum pelindung panas sebelum rambut Anda kering dan gunakan conditioner setelah menggunakan syampu.


Mencegah lebih baik daripada mengubati. Sama halnya dengan mencegah rambut rosak dari pada mengembalikan keindahan rambut. Semoga bermanfaat.



                            --------------------------------El Ayesha Salon-----------------------------------

No comments:

Post a Comment