Friday 22 November 2013

Tips Penjagaan Rambut yang sihat :)


Memiliki rambut yang cantik,sihat dan berkilau pasti menjadi idaman setiap gadis. Ada antaranya sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit semata-mata untuk perawatan. Sebenarnya ada kaedah ringkas yang boleh kamu amalkan untuk merawat rambut sekali gus memberikan kesan yang maksimum. Cuba amalkan..


1.Sekiranya kamu mempunyai rambut yang rosak dan tidak terurus,apa kata kamu menggunakan perapi dan syampu secara berasingan.Ini kerana kandungan syampu yang mengandungi perapi tidak cukup untuk memberi kelembapan yang di perlukan.

2. Elakkan pengambilan makanan yang ada MSG,spt jajan, fastfood.


3. Pemakaian perapi yang betul adalah hanya dgn satu garis perapi diletakkan di telapak tangan dan kemudian disapukan pada helaian rambut sehingga merata.

4. Untuk memiliki rambut yang kekal cantik,sihat dan menawan,pastikan kamu bijak memilih atau menggunakan perapi yang sesuai dengan rambut kamu.

5.Pilihla perapi yang mengandungi protein(marine @ hydrolyzed wheat) keratin dan silk.Kandungan ini boleh membantu mengembalikan khasiat rambut yang hilang akibat dandanan.

6. Jangan mengeringkan rambut dgn menggosok-gosokkn rambut pada tuala.Gosokkan ini akan menjadikan kutikal rambut kasar dan mengakibatkan rambut disikat.Lebih baik tarik rambut ke belakang,perahkan air yg berlebihan pd rambut dan kemudian balut kepala dgn tuala.Biarkan seberapa lama yg boleh.Kemudia sikat dgn menggunakan sikat bergigi jarang utk menghurai rambut kusut sebelum kamu ‘blow’ kering.

7.Lakukan rawatan ‘deep conditioning’ seminggu sekali.Gunakan masker rambut yg mengandungi protein @ panthenol yg boleh berfungsi utk menyubur dan menguatkan rambut.Jika berambut nipis,bole menyapu masker rambut sebelum rambut di syampu bagi mengatasi masalah rambut lepek.

8. Gunakan produk dgn perlindungan ‘themal’ @ silicon.Cara ini akan menghasilkan lapisan di antara kepanasan alat pengering rambut dgn rambut dan mencegah kerosakan rambut.

9. Rambut kurang menyerap klorin @ air masin jika membasahkan rambut dgn air biasa terlebih dahulu sebelum berenang.

10. Untuk rambut lebih ber’volume’ ikat rambut dgn ikatan yg sedikit longgar dan keringkan seluruhan permukaan kulit kepala dgn menggunakan ‘hair dryer’ bersuhu sejuk.Setelah kering,buka ikatan rambut.

11. Kurangkan pemakaian mousse @ gel rambut beralkohol agar rambut terhindar dari masalah kekeringan.Jika terpaksa ,sebaiknya segera bersyampu dgn ‘clarifying shampoo’ yang berfungsi utk membersihkan sekali gus menanggalkan sisa hair spray @ gel yg melekat pd helaian rambut.

 p/s: so jgn malas2 la untuk jaga rambut yer..nak rambut cantik dan sihat kenalah rajin..hehe


"RambutkitaAuratKita"

Jom try creambath!!

Apa tu Creambath?Creambath ni famous di Indonesia. Nak tahu apa tu creambath ble baca info ni.


Creambath merupakan salah satu cara untuk merawat kealamian serta kesegaran rambut. Mungkin anda punya rambut yang sering sangat ganti2 warna rambut, pengeritingan,rebonding atau kena sinar matahari.


Ifeknya, rambut menjadi kasar, kering, berminyak, gugur, berkelumumur dan pecah-pecah. Nah buat mengatasi ini, creambath lah solusinya. Creambath adalah perawatan rambut serta kulit kepala yang menggunakan sejenis bahan kondisioner dan disertai dengan urutan pada kulit kepala.

Perawatan creambath hampir sama dengan pemberian masker rambut . Iaitu, pemberian krem khusus yang mengandungi nutrisi. Krem akan masuk ke dalam pori-pori kulit kepala dan menutupi lapisan kutikula yang terbuka akibat dari pemakaian produk rambut yang salah. Bahan yang terkandung dalam krem ini  biasanya terdiri dari asam amino, vitamin B kompleks, biotin, dan kalsium yang bermanfaat bagi nutrisi rambut.
Creambath ini jadi makin terasa manfaatnya kalau dilengkapi dengan urut-urutan pada kulit kepala. Manfaatnya, kulit kepala dan akar-akar rambut jadi segar.
Selain itu, creambath juga dapat meningkatkan peredaran darah pada kepala, sehingga zat-zat makanan yang diperlukan untuk rambut dapat teresap dengan baik. 
Manfaat creambath tidak sama pada setiap rambut, semuanya tergantung pada jenis serta kondisi rambut. Agar rambut tidak mudah rusak, gunakan juga selalu shampo yang sesuai dengan jenis rambut.


Jom Bercreambath di El Ayesha Salon dengan harga RM65 sahaja.
(Loreal creambath)

"RambutKitaAuratKita"

Thursday 7 November 2013

Punca-Punca Keguguran Rambut Yang Serius


Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala. 
Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

* Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.

* Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.

* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

* Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.