Sunday 26 April 2015

4 Cara Alami Mengatasi Rambut Kering dan Bau Kerana Peluh dan Matahari :)


>>>>>Salon tutup setiap hari AHAD Yer.....<<<<<
Boleh buat temujanji sebelum datang ke salon utk mengelakkan pertembungan masa dgn customer lain yer.. whatsapp /telegram 017-7579294


Saat cuaca panas, bagi Anda yang banyak melakukan aktiviti di luar ruang atau yang mengenakan hijab pasti juga perlu merawat rambut dengan baik agar tidak bau atau kering kerana pengaruh lingkungan atau berpeluh.

Rambut yang segar dan wangi juga akan membuat pertumbuhan rambut lebih sihat dan berkilau alami. Nah, untuk menghindari masalah rambut bau kerana berpeluh atau pengaruh lingkungan yang berdebu, seperti di bawah:
  • Jangan keramas setiap hari

    Mencuci rambut cukup 2 kali seminggu atau 3 kali seminggu jika rambut berminyak. Terlalu sering keramas atau mencuci rambut akan menghilangkan minyak alami rambut yang menjaga rambut dari kerosakan. Ini juga akan menghindarkan rambut kering.
  • Tutupi rambut Anda

    Bagi wanita berhijab, menutup rambut adalah hal yang wajib, dan hal ini sangat baik mencegah kerosakan rambut dari sinar UV. Anda juga boleh menutupi rambut dengan topi untuk mempertahankan kilau alami rambut. Perlu diingat pula untuk mengeringkan rambut sebelum memakai hijab jika tidak ingin rambut lembab dan bau.
  • Ikat rambut atau potong pendek

    Rambut panjang perlu perawatan ekstra kerana mudah kotor dan memerlukan waktu untuk membersihkannya. Untuk mengurangi risiko rambut kotor dan susah dirawat, ikat rambut Anda, boleh juga diikat longgar atau boleh saja dipotong pendek. Selain memudahkan Anda merawat rambut, potongan pendek juga lebih mudah ditata.
  • Hindari styling rambut

    Rambut yang bau dan kering boleh juga disebabkan oleh terlalu seringnya styling rambut. Rambut jadi lebih mudah kotor, patah dan rosak. Jika rambut basah, cukup di blow sedikit dan biarkan rambut kering dengan sendirinya.
Jadi, cuba tips di atas untuk menjaga kesihatan dan kebersihan rambut Anda saat siang yang panas ya. :)




                            ------------------Jom manajakan rambut di El Ayesha Salon---------------

No comments:

Post a Comment