Sunday 7 July 2013

Rambut Tetap Sihat Biarpun Berhijab :)


Siapa Kata Kamu yang berhijab tidak perlu menjaga kecantikkan rambut? Rambut adalah Mahkota Wanita dan pastinya, rambut adalah aset yang paling penting buat kamu. Entry kali ni untuk tips- tips penting dalam soal penjagaan rambut bagi wanita yang berhijab.


1) Elak Mengenakan tudung Saat Rambut Basah

--Bagi yang bertudung,kamu tidak digalakkan untuk mengenakan tudung ketika rambut masih basah. Selain boleh membuatkan rambut kamu berbau, ia juga menggalakkan rambut berbuah. Pastikan juga rambut benar-benar kering sebelum mengenakan tudung.

2) Anak Tudung Ketat Rambut Mudah Gugur!

--Kamu juga tidak digalakkan memakai anak tudung yang terlalu ketat kerana ia boleh menyebabkan rambut sukar untuk bernafas dan pada masa yang sama, rambut juga mudah gugur.Selain itu, elakkan juga dari mengikat rambut terlalu ketat kerana ia boleh membuatkan rambut tertarik lalu gugur.

3)Syampu rambut 2 Hari Sekali

--Bagi yang tudung, kamu juga perlu bersyampu setiap dua hari sekali bagi mengelakkan rambut berkelemumur. Lebih baik, pilih sahaja syampu khas anti- kelemumur. Selain itu, amalkan juga pupur rambut setiap dua minggu sekali. Selain membuatkan rambut kamu berbau harum, ia juga dapat memperbaiki rambut rosak dengan efektif.

4) Jangan Gunakan Kuku!

--Ramai di antara kamu yang menggosok kepala dengan menggunakan kuku saat bersyampu. Elakkan daripada bersyampu dengan menggunakan kuku kerana ia hanya mengakibatkan kulit kepala kamu luka. Pada masa yang sama, bakteria yang ada pada kuku kamu juga boleh memburukkan keadaan. Sebaiknya, lakukan urutan dengan lembut menggunakan jari apabila bersyampu.

5)Lakukan Spa Rambut

--Jika punya masa dan kemampuan, tiada salahnya untuk sesekali kamu melakukan spa rambut di salun-salun kecantikan.Bolehlah mengunjunggi salon Muslimah yang tentunya memberi lebih keselesaan buat kamu. 


"Rambut Kita Aurat Kita"

No comments:

Post a Comment